Dah Layak Sangat Ke Nak Masak?


Hai ini blog baru Tini woohooooo!

Jadi kau nak masak sesuatu lepas tengok Asian Food Channel tadi. Nampak senang main campak-campak saja. Jadi kau pergi beli barang dan kau semangat bawa balik. Tapi TUNGGU!

Benda paling penting sebelum memasak ialah kebersihan diri. Kau tengok cermin sekarang. Atau kalau kau tak masak di rumah, kau tengok tukang masak di gerai atau restoran yang korang pergi. Adakah kau atau dia begini?

1. Kekemasan diri zero; biar rambut panjang tak diikat atau tak tutup rambut? Muka comot?
2. Tak pakai baju, atau baju comot tak pakai apron. Atau apron tu nampak serupa tak ganti dah 15 tahun?
3. Hisap rokok?
4. Batuk, bersin atau pucat serupa arwah?
5. Meludah sesuka hati?
6. Pakai gelang, cincin atau jam tangan?
7. Pakai mekap tebal serupa model runway?
8. Tak basuh tangan sebelum dan selepas sentuh benda?
9. Kuku panjang dan jari kotor?


Kalaulah macam tu gayanya, baiklah nasihat diri kau atau diri tukang masak itu untuk kemaskan diri. Potong kuku, kemaskan rambut. Sebelum memasak kena pakai penutup kepala. Kau ingat topi chef tu orang buat untuk suka-suka?

Dilarang merokok di dapur. Itu budak tadika pun tahu. Kalau nak merokok, sila merokok di luar dapur. Bila dah selesai, ganti baju sebelum sambung masak untuk mengelakkan habuk rokok masuk dalam makanan. Pakaian biarlah sopan dan bersih. Ini menandakan yang makanan yang akan dihasilkan juga bersih (atau kau tak masak, beli dan letak dalam pinggan).

Kesihatan kau pun kena jaga. Kalau seorang chef itu batuk, bersin, demam atau ada penyakit lain, eloklah dia MC sehingga betul-betul sembuh. Tahukah kau, kalau tukang masak cirit-birit pun boleh jangkit ke kau melalui tangan dia? Jejeeeng!

Kebersihan tangan ialah yang paling utama. Tangan ni nampak saja tak ada kotoran dan mulus tapi betulkah ia bersih, suci dan bebas kuman? Potonglah kuku dan sebolehnya jangan pakai pewarna kuku bagi mengelakkan kuman melekat. Kalau nak pakai juga sebab kau hipster atau kau socialite macam aku *fliphair* sila pakai sarung tangan untuk masak. Basuh tangan dengan cara yang betul. Nanti aku kongsikan di entry lain.
C'est Eric Ripert. Le hot chef meooowrrr!

Dah lah, penat taip entry pertama ni. Tata!